26 March 2010

mencari bintang timur (part 1)

i ni bukan seorang minah jiwang atau seorang yang puitis yang boleh bercerita pasal bulan dan bintang dengan penuh kiasan. i jugak bukan dari latar belakang akademi ilmu sastera yang boleh buat orang teruja bila baca entri ni sebab i tak amik sastera ok. huhu.. tapi cerita yang i nak kongsi ni betul-betul menyentuh hati dan perasaan perempuan i ni. i terbaca dalam mingguan malaysia. i rasa semua lelaki kat luar sana patut baca ok. ceritanya macam ni..


lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di pahang. dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. saya tanya dia, "mengandung kot?" dia kata tak ada. oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia jumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.
dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuklah bau badan saya. morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. ada kalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. selesai solat isyak dah masuk bilik. pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya dah tau macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur ) yang di alaminya. memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al quran di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. sekarang saya terus membaca al quran di sisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan.
bukan itu saja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab kasyaful mahjub. saya bercerita padanya tentang allah, zat, sifat, asma, afal.
ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. tak kira anak, isteri atau suami. bagaimana..?


esok i sambung cerita ni ok sebab i dah penat. huhu..

No comments:

Post a Comment