29 April 2010

hentian itu..

Waktu tidak pernah meminta
mahupun sekali merayu
hanya membantu
agar dirancang segala impian
memberi petunjuk
tentang takdir yang ditentukan
masa hadapan
bergantung pada masa sekarang
yang ditentukan oleh masa lalu..


22 April 2010

accident...??


kejadian ngeri dalam hidup i telah berlaku semalam. i kemalangan..
bayangkan keadaan i masa tu.
betul-betul takut.
cuma fikir yang i akan mati.
tengok keadaan kereta, semua orang ingat i cedera teruk..
tapi syukur.. tuhan masih sayang i lagi..
masih bagi peluang untuk i bernafas kat dunia ni.
alhamdulillah..



kepada 'seseorang' tu..
hope u hepi now
dengan pe yang dah berlaku..

17 April 2010

KEHAMPAAN HATI..

tiada siapa yang suka kehilangan orang tersayang.
kesedihan dan kehilangan adalah sesuatu yang menyakitkan.
bila rasa sedih dan tertekan i akan terus hanyut dalam dunia i sendiri dan
gagal untuk bangun semula.
i perlu mengambil masa yang panjang untuk sembuh dan tidak
mampu melepaskan diri dari trauma.
trauma untuk menyayangi dan mencintai seseorang.
i terpaksa mengambil masa yang panjang untuk mengatasi semua itu.
perjalanan hidup yang i lalui itu akan terus terpahat di ingatan i
sehingga ke akhir hayat.
hidup i kini jadi tunggang langgang, kadang-kadang i tak tahu apa yang i nak dalam hidup ini dan siapa diri i yang sebenarnya.
i menjadi seorang yang sangat-sangat keliru.
i sunyi dan kesunyian yang melampau itu menyebabkan i mahu membunuh diri.
ketika i berada dalam kegelapan,
sukar untuk i percaya bahawa suatu hari nanti
akan ada sinar cahaya yang akan menerangi hidup i kembali.
jiwa.. mental.. dan fizikal i sangat terluka.
i rasa diri ini tak berguna dan tak berharga lansung.
bila i terlalu sedih i akan menangis menangis dan terus menangis.
sedih, kecewa dan sunyi... itu yang i rasa sekarang...........

13 April 2010

so sad..

i cuma nak luahkan perasaan yang i pendam slama ni.
now i cukup sedih. coz i dah hilang segalanya.. hilang orang yang i sayang sepenuh hati.
tapi orang tu takkan paham.. tak pe, i takkan salahkan dia.
keadaan yang memisahkan kami. tapi percayalah yang i amat perlukan dia..
perlukan sangat2..

07 April 2010

mencari bintang timur (part 2)

holla holla.. ari tu i de cakap nak sambung cerita 2. tapi sory i bz sangat dengan kerja. lagipun setiap kali nak on line sure cam ngok ngek. wat i bengang jek T____T.
macam mana nak nasihati orang yang kita sayang tak degil.. macam ni ok..

  1. semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum katika ini. yang tidur hanyalah minda sedar.
  2. sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang anda ingin nasihati.
  3. semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
  4. angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa saja nasihat yang anda inginkan. jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
  5. anda akan dapat melihat reaksi dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. insyaallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu'man). seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit. "tuan, bagaimana tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya.


nak tahu apa yang bapa Imam Abu Hanifah jawab..? tunggukan sambungannya.
daaa..